Kelab Turin itu ditubuhkan pada 1897 tetapi pemain memakai jalur hitam dan putih dalam pelbagai bentuk sejak tahun 1903.

Musim depan, Cristiano Ronaldo dan rakan-rakan sepasukannya akan memakai jersi separuh hitam, separuh putih dengan jalur merah jambu berada di tengah.

“Reka bentuk baru yang berani ini membangkitkan kenangan lalu, sambil membakar masa depan melalui evolusi jalur hitam dan putih yang ikonik.

“Anjakan merah jambu yang tidak dijangka yang terletak di tengah-tengah reka bentuk adalah sebagai menghormati warna pertama yang pernah digunakan kelab ini,” tulis Juventus dalam media sosial.

Juventus memegang rekod sebagai juara Serie 35 kali, termasuk lapan kejuaraan terakhir berturut-turut. - AFP