Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Juve semakin sukar ditandingi

JUAN CUADRADO
JUAN CUADRADO

SAMPDORIA 20 Mac - Juventus melebarkan sayap mereka sebagai pendahulu Serie A untuk muncul juara liga buat kali keenam apabila jaringan Juan Cuadrado pada awal permainan sudah cukup untuk menewaskan Sampdoria 1-0 manakala pencabar mereka iaitu Roma dan Napoli masing-masing menumpaskan Sassuolo dan Empoli.

Kemenangan itu meletakkan Juventus di kedudukan teratas liga selepas mengumpul 73 mata dengan musim ini berbaki sembilan perlawanan sahaja lagi, lapan mata di depan Roma di tempat kedua yang menewaskan Sassuolo 3-1 dan 10 mata di depan Napoli, menang 3-2 ke atas Empoli.

Cuadrado membuat penampilannya yang ke-50 untuk penyandang juara itu menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas menerima hantaran lintang daripada Kwadwo Asamoah pada minit ketujuh sebelum melakukan tandukan terbang untuk memastikan skuad kendalian Massimiliano Allegri mendahului permainan. - REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain