Skuad bimbingan Massimiliano Allegri kembali ke laman sendiri di Stadium Allianz di Turin untuk melayani kunjungan AC Milan selepas berkunjung ke Sardignia Selasa lalu, yang menyaksikan insiden ‘panas’ selepas Kean dan jura rakan sepasukannya, Blaise Matuidi menjadi subjek terhadap chant berbaur perkauman selain diejek sebagai monyet.

Juventus berupaya memenangi gelaran liga pada ketika berbaki tujuh perlawanan, paling awal berbanding pasukan lain untuk mengesahkan kejuaraan Serie A jika mereka berjaya menumpaskan AC Milan sementara pencabar terdekatnya Napoli tewas di laman sendiri kepada Genoa.

Skuad gergasi Itali dari Turin itu memiliki kelebihan 18 mata ke atas Napoli dan telah memenangi kedua-dua perlawanan sesama mereka di bawah kendalian Carlo Ancelotti musim ini.

“Menangi gelaran buat kali kelapan berturut-turut adalah fasa yang sedang berjalan.

“Buat masa ini, kami sedang dalam perjalanan melengkapkan fasa tersebut. Ia minggu yang sangat penting bagi kami,” kata kapten Juve, Giorgio Chiellini.- AFP