Korea Utara menang mudah ke atas Harimau Malaya di sini apabila menumpaskan anak-anak buah Nelo Vingada dengan lapan gol setelah menang 4-1 dalam perlawanan pertama dan mengulangi kecemerlangan dengan jaringan sama dalam pertemuan kedua.

Dua kemenangan itu meletakkan mereka di tempat kedua dalam Kumpulan B kelayakan Piala Asia, di belakang Lebanon dalam perebutan tempat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2019.

“Sudah pasti saya sangat gembira kerana mencapai misi meraih enam mata penuh di sini, kini kami mengumpul lapan mata dan di kedudukan kedua untuk layak ke pusingan akhir di UAE.

“Jumlah perbezaan jaringan yang cukup baik selepas dua kali menewaskan Malaysia dengan jaringan 4-1 memberi kelebihan kepada kami. Peluang kami untuk ke pusingan akhir Piala Asia mungkin lebih cerah jika Hong Kong tewas kepada Lebanon hari ini,” katanya selepas perlawanan.

Mengulas mengenai persembahan pasukannya dalam dua perlawanan menentang Malaysia, Andersen sekali lagi mengakui menggunakan sebaik mungkin kelemahan Malaysia menangani kekuatan set piece yang dimiliki pasukannya.

“Kami mendapatkan lapan gol, lima daripadanya menerusi set piece, dan perkara itu saya tekankan kepada pemain setelah menganalisis video corak permainan pasukan Malaysia sebelum ini,” katanya.