Penjaga gol Bayern Munich itu mengalami kecederaan betis dan tidak akan terlibat dalam perlawanan persahabatan menentang skuad Three Lions di Dortmund, Rabu ini atau aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dengan Azerbaijan di Baku pada Ahad, umum Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) hari ini.

“Pemain berusia 30 tahun itu akan menerima rawatan di kelabnya, Bayern Munich,” kata DFB dalam satu kenyataan akhbar.

Penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Kevin Trapp dipanggil oleh jurulatih, Joachim Low untuk menggantikan Neuer.

Trapp, 26, yang telah membuat 22 penampilan bersama juara Liga Perancis, PSG masih belum memiliki cap antarabangsa bersama Jerman. - AGENSI