Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jerman, England semakin hampir ke pusingan akhir

PARIS 2 Sept. – Jaringan lewat Mats Hummels ketika menentang Republik Czech mencerahkan peluang Jerman untuk ke Piala Dunia 2018 manakala Harry Kane menamatkan kemarau ja­ringan de­ngan meledak dua gol ketika membantu England menang 4-0 ke atas Malta.

Penye­rang RB Leipzig, Timo Werner meledak jaringan untuk juara dunia itu empat minit selepas perlawanan bermula di Prague tetapi Vladimir Darida menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Skuad Joachim Loew kini memiliki rekod 100 peratus daripada tujuh perlawanan dalam Kumpulan C selepas Hummels menanduk masuk hantaran Toni Kroos pada minit ke-88 untuk kemenangan 2-1 mereka.

Jerman kini memerlukan ha­nya empat mata daripada baki tiga perlawanan terakhir untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia.

“Kami tidak boleh bergembira dengan cara kami bermain.

“Kami sangat bernasib baik hari ini dan jika Mats tidak menjaringkan gol itu, berkemungkinan besar kami terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri,” kata Loew.

Jerman berkemungkinan la­yak lebih awal ke Rusia Isnin ini sekiranya menewaskan Norway di laman sendiri dan Ireland Uta­ra gagal menewaskan Republik Czech di Belfast.

Sementara itu, penyerang Tottenham, Kane menamatkan kemarau jaringan dalam perlawanan di Ta’Qali dengan England meledak tiga jaringan pada pehujung permainan.

Pemenang kasut emas Liga Perdana Inggeris selama dua musim itu masih belum menja­ringkan gol sejak Ogos lalu sepanjang kariernya namun berjaya mengatasi masalah itu de­ngan menjaringkan gol pembukaan England pada minit ke-53.

Ryan Bertrand meledak gol kedua England, yang juga jaringan antarabangsa pertamanya, menerusi percubaan jarak jauh yang berjaya mengatasi Andrew Hogg sebelum Danny Welbeck menja­ringkan gol ketiga Three Lions.

Kane kemudian menjaringkan gol keduanya selepas menerima hantaran cantik daripada Marcus Rashford untuk memastikan England kekal selaku pendahulu Kumpulan F dengan kelebihan dua mata ke atas Slovakia, yang akan menjadi lawan mereka Isnin ini di Stadium Wembley.

“Apabila awak beraksi di luar dalam perlawanan seperti ini keadaan akan menjadi sukar.

“Kami cuba untuk mengatasi mereka tetapi mereka ada 10 pemain di belakang bola. Kami tahu sekiranya kami bermain secara terbuka, kami akan menemukan ruang untuk menjaringkan gol,” kata Kane. – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain