Lebih manis lagi, kemenangan tersebut merupakan kejuaraan keenam berturut-turut kelab selatan tanah air itu sejak 2014.

Perarakan membawa masuk piala berkenaan ke dalam stadium disempurnakan Askar Timbalan Setia Negeri (JMF).

Terdahulu, dalam perlawanan terakhir skuad Harimau Selatan di laman sendiri, mereka terpaksa berpuas hati apabila berkongsi mata dengan Terengganu selepas kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 3-3.

Keputusan itu bagaimanapun tidak merencatkan sambutan kejuaraan JDT yang berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru, malam ini.

Dianggarkan seramai 5,000 penyokong JDT akan berkumpul bagi meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka mencatat hatrik berganda.

Sementara itu, dalam satu majlis yang diadakan petang tadi juga di Dataran Bandaraya Johor Bahru, JDT menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record (MBOR) atas kejayaan itu. - UTUSAN ONLINE