Sehubungan itu, Luciano mahu pemain melupakan keputusan itu dan meningkatkan prestasi dalam aksi seterusnya selepas ini bagi melebarkan jurang sebagai pendahului liga.

“Saya rasa kita perlu menang malam ini setelah mencipta banyak peluang untuk mendapatkan gol. Kami dapat mengawal bola dengan baik namun tidak dapat menghasilkan gol, inilah bola sepak.

“Walaupun tidak mencapai kemenangan, saya bagaimanapun tetap berpuas hati dengan satu mata yang kami peroleh dan kami masih berada di puncak liga.

“Apa yang perlu sekarang adalah misi untuk pertingkatkan kekuatan dan corak permainan kita pada perlawanan seterusnya, dan pada masa yang sama mengelak untuk melakukan kesilapan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan tersebut semalam.

Dalam aksi semalam, harapam JDT untuk membenam Kedah tidak kesampaian apabila dua seteru utama itu sekadar melakar keputusan seri 1-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman.- UTUSAN ONLINE