Bintang Jerman itu yakin untuk mendepani aksi esok selepas memulakan kempen musim ini dengan baik namun masih dibayangi perlawanan musim lalu menentang Los Bloncos yang meninggalkan kesan terhadap dirinya.

“Tahun lalu, jaringan Sergio Ramos memang menyakitkan hati terutama ketika dia menjaringkan gol pada minit ke-89,” katanya kepada akhbar El Pais.

Esok, dia akan menentang Real sekali lagi dan berdepan dengan jentera serangan pasukan itu.

“Pertemuan dua pasukan ini adalah yang terbaik dalam La Liga dan juga dunia.

“Kami mengetahui kekuatan jentera sera­ngan kedua-dua pasukan dan kami perlu peka de­ngan serangan mereka tetapi perlu memberi fokus kepada cara permainan kami dan itu cara kami untuk mencari peluang kemenangan,” kata Ter Stegen.

Pada musim panas lalu, Real Madrid menang kedua-dua perlawanan dalam keadaan selesa.

Bagaimanapun, Barcelona kini berada dalam tahap terbaik manakala Real sedang bergelut untuk mencari prestasi terbaik mereka.

Ter Stegen berpendapat, berita negatif yang dipaparkan di dalam media memberi kesan kepada prestasi pasukan.

“Mungkin media tidak mahu kami mengharungi musim ini dengan baik. Saya tidak pasti.

“Selepas kehilangan kejuaraan itu, kami tahu bahawa kami perlu bekerja keras di bawah kendalian Valverde, yang saya rasakan sudah memberi kesan positif kepada kami,” katanya.

Ter Stegen mengharungi musim ini dengan baik dengan hanya bolos 13 gol daripada 23 perlawanan selain menampilkan aksi cemerlang dalam menyelamatkan percubaan-percubaan bahaya.

Kecederaan Manuel Neuer meletakkan Ter Stegen sebagai pilihan utama untuk Jerman ketika Piala Dunia 2018 semakin hampir. – AGENSI