Jaringan Safuwan itu pastinya menghampakan JDT selepas skuad Harimau Selatan berjaya membolosi gawang Tok Gajah pada minit ke-46 menerusi jaringan Gonzalo Cabrera.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 selepas tamat empat minit masa tambahan yang diberikan pengadil, Razlan Jofri Ali. - UTUSAN ONLINE