JDT mengukuhkan usaha mereka untuk menjulang trofi liga buat kali keempat berturut-turut apabila mengalahkan Sarawak 3-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam tadi untuk berada 11 mata di hadapan pencabar terdekat Kedah ketika persaingan musim ini berbaki enam perlawanan.

Menurut Morais, tidak di­nafikan mereka merupakan pilihan utama untuk muncul juara ketika ini, namun dalam bola sepak pelbagai perkara boleh berlaku.

“Perbezaan 11 mata ini pas­tinya sesuatu yang positif untuk kami, namun saya tidak mahu terlalu yakin kerana kita masih mempunyai baki beberapa perlawanan.

“Masih banyak aspek yang boleh ditambah baik untuk memastikan JDT terus mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan yang dihadapi,” ujarnya selepas dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan malam tadi.

Sementara itu, pemangku jurulatih Sarawak, Pengiran Bala berkata, pihaknya akur dengan kekalahan pasukannya dan berharap anak buahnya mengutip pengalaman berharga daripada pertemuan itu.

“Separuh masa pertama kami bermain dengan baik dan berjaya mendapatkan gol penyamaan selain turut memberi tekanan kepada JDT.

“Namun ternyata mereka pasukan yang lebih baik pada malam ini,” ujarnya yang turut mengakui sasaran mereka adalah untuk mengelakkan penyingkiran dan seterusnya kekal bersaing dalam Liga Super bagi musim depan.