Bagaimanapun, Kim Swee berharap penyokong Malaysia tidak mencetuskan kekecohan ketika memberikan sokongan mereka kepada pasukan bimbingannya itu.

“Bola sepak merupakan sukan yang menarik untuk ditonton dan saya harap tiada impak negatif. Saya harap penyokong dapat tengok perlawanan esok dengan harmoni.

“Penting untuk semua penyokong menjaga tingkah laku mereka dengan baik dan tidak melakukan perkara yang negatif. Kehadiran peminat amat penting, tetapi mereka juga perlu menjaga adab masing-masing. Saya tidak mahu perkara tidak elok berlaku esok,” kata pengendali berasal dari Melaka itu.

Seperti Kim Swee, Penolong jurulatih Indonesia, Bima Sakti juga berharap penyokong yang hadir tidak mencetuskan sebarang kekecohan sebaliknya menikmati perlawanan esok dengan tenang.

“Kami sudah ke separuh akhir dan moral pasukan semakin baik.

Cuma saya berharap peminat dapat menjaga kerukunan dan persaudaraan kerana esok hanya perlawanan bola sepak dan kami berjuang demi bola sepak dan tiada agenda lain,” katanya.