Rembatan rendah Bernardeschi mengatasi penjaga gol Andriy Pyatov pada minit ke-55, namun voli Malinovskiy berjaya mengikat skuad Azzurri.

Jurulatih Itali, Roberto Mancini menghabiskan kebanyakan masanya bermain di Genoa dan Sampdoria dengan saingan di Stadio Luigi Ferraris dianjurkan bagi mengutip dana untuk disumbangkan kepada mangsa yang terlibat dalam insiden jambatan runtuh di Morandi pada 14 Ogos.

Mancini, 53 merupakan pemain paling banyak membuat penampilan dalam sejarah Sampdoria, di samping penjaring terbanyak Genoa yang memenangi Serie A, empat Piala Itali dan Piala Juara-Juara Kelab buat pasukan tersebut.

Permainan dihentikan pada minit ke-43 untuk mengingati 43 mangsa yang terbunuh dalam insiden itu dengan perkataan “Genova nel cuore” (Genoa dalam hati) dipaparkan di skrin besar stadium tersebut, dengan pemain dan penyokong bertafakur selama seminit sebagai tanda penghormatan kepada mangsa.

Menerusi kehadiran 12,000 penyokong, sekitar 105,000 euro (RM503,600) berjaya dipungut untuk tabung bencana tersebut.

Sementara itu, Mancini menganggap ia merupakan saat penuh emosi selepas menetap lama di Genoa dan sering kali menggunakan jambatan itu.

“Saat yang sungguh menyentuh hati dan paling penting untuk mengingati mangsa dalam kejadian hitam ini. Menjadi jurulatih Itali dalam stadium lama saya ini menjadi motivasi buat saya,” ujarnya.

Mancini mengendalikan pasukan juara dunia empat kali itu selepas jurulatih terdahulu, Gian Piero Ventura gagal melayak Itali ke Piala Dunia di Rusia, namun hanya menang sekali dalam enam perlawanan sejak Mei lalu.

“Kami memang kecewa kerana gagal menggembirakan penyokong hingga masa tamat sekali pun kami telah melakukan yang terbaik,” katanya.- AFP

“Saya sangat kecewa kerana kami gagal memenangi perlawanan ini, begitu juga semua orang. Positifnya hari ini, pemain beraksi dengan baik sepanjang 90 minit.

“Ia baharu aksi persahabatan, jadi diharap kami mampu memenanginya dalam perlawanan Ahad ini,” kata Mancini yang mengemudi Itali dalam saingan menentang Poland dalam kempen Liga Negara-Negara.- AFP