Skuad Nerazzurri itu wajib menang ke atas Lazio manakala lawan mereka hanya perlu mencatat keputusan sekurang-kurangnya seri untuk mara ke kejohanan berprestij itu.

Jaringan lewat permainan daripada kapten, Mauro Icardi dan Matias Vecino memastikan Inter kembali membuat penampilan di pentas Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2012 bersama Juventus, Napoli dan Roma.

“Sasaran kami adalah Liga Juara-Juara dan kami berjaya melakukannya. Perlawanan hari ini tidak berjalan seperti dirancangkan namun kami mempamerkan kekuatan untuk kembali ke landasan,” kata penyerang Argentina, Icardi. - AFP