Walaupun berjaya ke saingan Liga Juara-Juara dengan menduduki kedudukan keempat Serie A, pasukan itu tetap dengan keputusan untuk memecat Spalleti.

“Ini adalah pengalaman baharu untuk saya dan saya sangat teruja untuk memulakan karier.

“Saya mahu membalas kepercayaan presiden, Steven Zhang, serta pengarah kelab.

“Saya memilih Inter kerana mereka memiliki projek jangka panjang selain sasaran tinggi,” kata Conte.

Conte yang pernah menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Serie A menerima bayaran 10 juta Euro (RM46.93 juta) bagi dua musim pertama.

Ini merupakan kali pertama Conte kembali ke Serie A sejak mengendalikan Juventus sebelum mengambil alih skuad kebangsaan Itali pada 2014.-AGENSI