Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Imbuhan RM20,000 setiap pemain jika juarai Piala FA

Imbuhan RM20,000 setiap pemain jika juarai Piala FA
Pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar menyerahkan jersi Lang Merah kepada Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah ketika beliau meninjau latihan terakhir di Stadium Darul Aman, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

ALOR SETAR 17 Mei - Imbuhan wang tunai berjumlah RM20,000 setiap seorang menanti pemain Kedah sekiranya berjaya menewaskan Pahang dalam aksi final Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pengumuman itu dibuat sebagai suntikan semangat kepada pemain untuk membawa pulang Piala FA ke negeri ini selepas sembilan tahun gagal melakukannya.

"Ini merupakan bonus awal kepada pemain daripada KFA... mungkin selepas ini akan ada lebih banyak imbuhan yang menanti mereka jika dapat menumpaskan Pahang," katanya selepas meninjau sesi latihan terakhir skuad Lang Merah di Stadium Darul Aman di sini hari ini sebelum berangkat ke Selangor, esok.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah mengingatkan pemain Kedah supaya tidak gentar mendepani skuad Tok Gajah meskipun Pahang dijangka menyenaraikan pemain import baharu dalam perlawanan akhir nanti. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain