Mujur beberapa jam selepas diculik, polis berjaya mengesan dan menyelamatkan Rosangela Barcellos Freda, 58, yang disembunyikan di sebuah perkampungan terpencil di Monte Bonito yang terletak behampiran dengan sempadan Uruguay.

Ketika ditemui polis, Freda diikat pada sebuah kerusi. Modes operandi kuumpulan penculik ini mudah sahaja iaitu menyamar menjadi penghantar bunga sebelum menyerbu masuk dan melarikan mangsa menggunakan sebuah kereta yang sedia menunggu.

Bagaimanapun kecekapan polis menyelesaikan kes culik ini dengan pantas turut dibantu maklumat yang disalurkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu. Tiga lelaki dan seorang wanita yang berada di rumah persembunyiaan itu turut ditahan termasuk seorang yang bersenjata.

Ini bukan kali pertama kes seumpama ini berlaku di Brazil. Sebelum ini pada 2004, ibu kepada bekas pemain Real Madrid dan Manchester City, Robinho turut menerima nasib sama selain Luis Fabiano dan Grafite. - Reuters