Bekas Penyerang PSG itu telah meledak 17 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim 2016-17, tetapi kecederaan lutut yang serius dialaminya ketika aksi suku akhir Liga Europa telah mengetepikan dia daripada sebarang aksi sehingga penghujung musim.

Red Devils yang menamatkan saingan liga di tempat keenam, tetap layak beraksi di Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan Ajax Amsterdam 2-0 dalam aksi final Liga Europa, dan Ibrahimovic telah memberikan petanda dia sudah bersedia untuk menyertai kelab baharu.

Bagaimanapun, Mourinho sentiasa menerima pemain berusia 35 tahun itu untuk kembali menyarung jersi United selepas dia pulih sepenuhnya.

“Ibrahimovic masih berpeluang untuk kekal bersama kami, segala keputusan terletak di tangannya.

“Perbincangan telah dibuat di antara pemain itu bersama ejen Ibrahimovic, Mino Raiola dan pihak kelab,,” kata jurulatih dari Portugal itu. – AGENSI