Terdahulu, pemain Tottenham Hotspur, Christian Eriksen membuka jaringan seawal minit ke-7 untuk Denmark, yang mengesahkan pencapaian tanpa kalah 17 kali berturut-turut dalam perlawanan antarabangsa.

Bagaimanapun, skuad Socceroos dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-38 selepas mendapati bola terkena tangan penyerang Denmark, Yussuf Poulsen.

Pada awalnya, pengadil Antonio Mateu Lahoz gagal mengesan bola daripada tandukan Antonio Mateu Lahoz terkena tangan Poulsen, namun selepas melihat semula insiden tersebut menerusi video bantuan pengadil (VAR), dia mengesahkan kesalahan itu.

Penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel turun dengan pencapaian 571 minit tanpa bolos sebelum dicalarkan oleh penalti kapten Austalia, Jedinak.

Australia merupakan pasukan di ranking terendah iaitu ke-36 berbanding negara lain yang kesemuanya di kelompok ke-12 terbaik di dalam Kumpulan C.

Berdasarkan keputusan hari ini termasuk kekalahan mereka kepada Perancis dalam aksi pembukaan pada Khamis lalu menyebabkan Australia berada di laluan sukar untuk melepasi peringkat 16 terakhir.

Sementara itu, Denmark memenangi perlawanan pertamanya ketika berdepan Peru. – AGENSI