Enam tahun lalu, skuad Les Blues menghuni tempat tercorot dalam Kumpulan A, namun rakyat Perancis telah bersatu kembali sewaktu menyaksikan perlawanan akhir Kejuaraan Eropah menentang Portugal.

“Kami kembali bersatu. Penyokong mempunyai kaitan dengan skuad kebangsaan, semuanya kembali ke landasan yang betul. Anda boleh lihat menerusi sukan dan bola sepak,” ujar Henry kepada BBC Sport.

Semasa Piala Dunia 2010, pemain-pemain Perancis enggan menjalani sesi latihan gara-gara Raymond Domenech, selaku pengurus ketika itu, memaki hamun dan membuang penyerang Nicolas Anelka daripada barisan pemainnya.

“Enam tahun lalu, semua orang mentertawakan kami. Kami perlu memperbaiki semula hubu­ngan, mempunyai rantaian dengan penyokong yang hilang selepas 2010.

“Anda boleh lihat ke­gembiraan mereka,” kata bekas penyerang Arsenal dan Barcelona itu.

November lalu, insiden berdarah di Paris menyaksikan kira-kira 130 orang terkorban, selepas beberapa kawasan diserang pengganas di luar Stade de France di mana perlawanan persahabatan antara Perancis dengan Jerman sedang berlangsung. – AGENSI