Hudson-Odoi yang juga pemain sayap Chelsea menjadi pemain termuda membuat penampilan pertama bersama England di dalam kejohanan antarabangsa dengan menggantikan penjaring hatrik, Raheem Sterling ketika perlawanan berbaki 20 minit yang menyaksikan Three Lions menang 5-0 ke atas Republik Czech dalam aksi kelayakan Euro 2020.

Percubaannya menghasilkan jaringan sendiri Tomas Kalas yang membolehkan England melengkapkan kemenangan cemerlang mereka.

Sancho, 18 seperti Hudson-Odoi menampilkan aksi pertama yang begitu cemerlang buat skuad kendalian Gareth Southgate apabila membantu Sterling mencipta jaringan pembukaan.

“Kami mengenali satu sama selain sejak kecil. Kami selalu bermain menentang satu sama lain tetapi berkawan rapat.

“Saya bersama Chelsea, dia di Watford. Kami selalu bersama di luar padang dan kerap berhubung.

“Dia melalui musim yang cemerlang. Sejak berada di sini, dia membantu saya sejak hari pertama dan membuatkan dia rasa yakin dengan saya.

“Mempunyai rakan seperti itu adalah luar biasa, hanya membawa masuk ke dalam pasukan dan membantu awak menjadi diri sendiri adalah luar biasa,” kata Hudson-Odoi.-AGENSI