Youri Tielemans meletakkan skuad kendalian Roberto Martinez di depan seawal minit ke-14 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium King Baudouin bagaimanapun dua minit kemudian Denis Cheryshev menyamakan kedudukan.

Belgium kembali berada di depan selepas Hazard menyempurnakan penalti sebelum wisel rehat dibunyikan setelah pemain tengah Chelsea itu dikasari Yuri Zhirkov.

Hazard memastikan aksi pertama Belgium dalam Kumpulan I berakhir dengan kemenangan apabila dia meledak gol ketiga The Red Devils ketika permainan berbaki dua minit manakala Aleksandr Golovin dilayangkan kad merah sebelum wisel tamat dibunyikan.

“Saya sangat gembira. Saya menerima banyak tekanan sebelum mencapai kemenangan ini yang turut menyaksikan saya menjaringkan dua gol.

“Selepas perlawanan terakhir kami menentangn Switzerland (tewas 2-5) kami perlu menunjukkan kebangkitan pasukan di depan penyokong kami,” kata Hazard.- AFP