Hazard dikaitkan dengan Madrid sejak beberapa bulan lalu dan walaupun dia sentiasa positif untuk kekal bersama Chelsea namun tidak menolak peluang bagi beraksi bersama Los Bloncos.

Dia pernah menyatakan bahawa sememangnya menjadi impiannya untuk bermain bersama Madrid dan terdapat laporan menyatakan dia sudah bersetuju untuk menyertai kelab itu dengan kontrak lima tahun.

Hazard bagaimanapun menafikan spekulasi itu dan ia jelas memberi kelegaan kepada penyokong The Blues.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai Real.

“Tiada apa yang berlaku dan saya sekarang fokus untuk aksi Belgium menentang Cyprus. Ini sahaja fokus saya,” katanya.

Pemain berusia 28 tahun itu berjaya menjaringkan 13 gol dan membantu mencipta 11 jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.-AGENSI