Madrid begitu berminat mendapatkan pemain tengah Belgium itu sejak sekian lama selepas dia menyinar di Liga Perdana Inggeris (EPL), masih lagi tercari-cari penyerang setanding Cristiano Ronaldo yang kini beraksi bersama Juventus.

Menurut akhbar Marca, Real akan menandatangani pemain berusia 28 tahun itu dengan kontrak enam tahun dalam masa beberapa hari lagi.

Dalam masa sama, terdapat laporan bahawa Hazard bakal ke Madrid untuk mencari penginapan di ibu kota Sepanyol itu.

Zinedine Zidane yakin pemain sayap lincah itu mampu mencetuskan impak kepada nasib Real dalam misi menumbangkan Barcelona dan merebut trofi Liga Juara-Juara musim depan.

Hazard kini telah merekodkan 14 gol dan 12 bantuan jaringan dalam 31 perlawanan liga.

Sementara itu, pengendali The Blues Maurizio Sarri berharap Hazard dapat meneruskan momentum kecemerlangannya dalam usaha memastikan slot Liga Juara-Juara menjadi milik mereka musim depan.

Chelsea kini menduduki tangga kelima, satu mata di belakang empat pasukan teratas dan bakal menentang Slavia Prague dalam aksi suku akhir Liga Europa. - AGENSI