Kata Mane, perlawanan menentang Porto bukan aksi mudah buat dia dan pasukan kerana perlu bekerja keras bagi mendapatkan kemenangan besar.

“Kami telah bermain dengan corak yang amat bagus sejak dari awal hingga ke penghujungnya.

“Dalam aksi tersebut juga kami telah mencipta banyak peluang sekali gus memang layak untuk menjaringkan lima gol,” kata Mane.

Tiga gol Mane hadir pada minit ke-25, ke-53 dan ke-85 manakala dua lagi jaringan diperoleh menerusi Mohamed Salah pada minit ke-29 dan Roberto Firmino pada minit ke-69. - AGENSI