Beraksi di laman sendiri seakan tidak memberi apa-apa kesan yang mampu meningkatkan prestasi Perak ketika melayan kunjungan Felda United apabila membenarkan lawan terlebih dahulu mendapatkan jaringan.

Gol awal perlawanan dijaringkan oleh pemain Felda United, Hadin Azman pada minit ke-44 sebelum tamat separuh masa pertama.

Kelebihan jaringan dimiliki Felda United itu dilihat memberi tekanan kepada tuan rumah yang cuba melakukan beberapa siri serangan balas.

Usaha Perak mengucar-kacirkan pertahanan Felda United membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang dimanfaatkan sebaiknya oleh Gilmar Da Silva Filho pada minit ke-71 untuk menyamakan kedudukan 1-1. - UTUSAN ONLINE