Bekas penyerang United, Ibrahimovic membidas kesetiaan Giggs dan beberapa pengulas seperti Gary Neville dan Paul Scholes terhadap Alex Ferguson selepas mengkritik terhadap Paul Pogba.

Bekas pemain Sweeden itu berkata kritikan terhadap Pogba sudah lama berlaku sejak dia membuat keputusan untuk meninggalkan Old Trafford dan menyertai Juventus pada 2012 ketika Ferguson masih bergelar pengurus Red Devils.

“Hanya Nicky (Butt) masih berhubung dengan kelab sekarang namun apabila anda bermain lebih 2,000 antara kami, kami perlu akan memberi pandangan.

“Adakalanya positif, kadang-kadang negatif namun bukannya sehingga memberi kesan kepada keputusan. Kami adalah penyokong. Inilah bola sepak, memiliki pendapat yang berbeza,” kata pengurus Wales, Giggs.

Giggs, 45 dan bekas rakan seapasukannya, Neville, Scholes, Butt, David Beckham dan Phil Neville, bergabung sudah mengharungi 3,450 perlawanan secara keseluruhan sepanjang zaman kegemilangan United dalam sejarah kelab tersebut.

Ibrahimovic beraksi 53 perlawanan bersama United selepas dibeli Jose Mourinho pada 2016 sebelum menyertai LA Galaxy pada Mac 2018. - AFP