Jurulatih berusia 51 tahun itu menyertai Milan yang kini dalam proses pemulihan selepas pengurusan kelab tersebut membawa masuk bekas pemain, Zvonimir Boban dan Paolo Maldini.

Bekas jurulatih Milan, Gennaro Gattuso letak jawatan pada bulan lalu selepas membantu pasukannya menamatkan saingan Serie A di tempat kelima dan kelab tersebut dikenakan sekatan terhadap peruntukan untuk membeli pemain pada pasaran perpindahan musim panas ini.

Kini, Giampaolo diberi peluang untuk membimbing pasukan itu selama dua tahun dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak setahun selepas Presiden Sampdoria, Massimo Ferrero membenarkannya untuk menamatkan kontrak lebih awal.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada presiden Ferrero dan Sampdoria untuk musim yang menakjubkan ini. Terima kasih kepada semua peminat Sampdoria serta orang yang pernah bekerja dengan saya sepanjang berada di sini,” kata Giampaolo. - AFP