Gerrard yang merupakan antara legenda kelab itu berjaya meledak 186 gol dalam 710 penampilan sebelum menyertai La Galaxy pada 2015.

Skuad kendalian Jurgen Klopp kini memiliki kelebihan dua mata di puncak liga mengatasi Manchester City namun skuad kendalian Guardiola memiliki kelebihan satu perlawanan.

Gerrard yang kini menjadi pengurus Rangers mengakui masih memberikan tumpuan penuh terhadap bekas kelabnya itu dan sangat terdesak untuk melihat mereka merangkul kejuaraan itu buat kali pertama sejak 1990.

“Percayakan saya, saya masih merasakan tekanan itu.

“Ia masih di dalam minda saya. Walaupun fokus saya kini kepada Rangers tetapi saya masih mengikuti perkembangan di Anfield dan saya harap mereka akan menang kerana ia akan menjadikan saya manusia paling gembira di dunia,” katanya.-AGENSI