Griezmann sebelum ini menyuarakan hasratnya untuk berhijrah dengan Barcelona dikhabarkan mendahului persaingan untuk mendapatkan pemain itu.

Juara La Liga itu dikatakan hampir mendapatkan pemain itu tahu lalu tetapi bintang Perancis itu mengumumkan dia mahu kekal di Atletico dalam satu dokumentari.

Ernesto Valverde enggan mengesahkan sama ada Griezmann masih menjadi sasaran utgama Barcelona dengan Manchester United dan Paris Saint-Germain turut berminat untuk mendapatkannya.

Garcia yang pernah beraksi bersama Liverpool dan Barcelona merasakan, juara Piala Dunia itu sesuai untuk beraksi buat kedua-dua kelab itu.

“Saya tidak sabar untuk melihat kesudahannya. Kita tahu dia mahu meninggalkan Atletico tetapi selebihnya tidak.

“Adakah Barcelona atau United atau Itali? Saya tidak sabar untuk melihat perkembangan situasi ini.

“Pandangan saya? Sudah pasti saya penyokong Barcelona dan liverpool, saya mahu dia berada dalam pasukan saya. Saya gembira untuk melihat dia berada dalam salah satu pasukan ini,” kata Garcia.-AGENSI