Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu diberikan peranan untuk menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut tetapi Behrami diberikan peranan untuk mengawal pergerakan pemain berusia 26 tahun itu.

Jaringan Philippe Coutinho memberikan kelebihan awal buat Brazil tetapi Steven Zuber memastikan Brazil hanya meraih satu masa selepas dia meledak jaringan penyamaan.

Behrami dilayangkan kad kuning selepas mengasari Neymar dan kini bintang Brazil itu sedang berdepan masalah untuk kembali cergas bagi aksi menentang Costa Rica.

Penyokong Brazil menyerang laman Instagram bintang Udinese itu dengan kata-kata kesat selain ugutan.

“Kami akan mencari awak sekiranya awak datang ke Brazil,” kata seorang penyokong.

Seorang lagi penyokong berkata: “Saya akan hilangkan senyuman daripada wajah awak.”

“Sesiapa yang menyakiti Neymar, sama seperti dia menyakiti kami semua dan awak berada dalam senarai hitam Brazil,” kata seorang lagi penyokong.

Bukan itu sahaja, mereka turut melakukan tindakan sama terhadap teman wanita Behrami yang juga peluncur ski Switzerland, Lara Gut.– AGENSI