Dia tidak terbang pulang ke Afrika bagi menyertai skuad kebangsaan Mesir, tetapi, sebaliknya diberi peluang berehat bagi mempersiapkan dirinya untuk membantu Liverpool memburu gelaran Liga Perdana Inggeris.

Reds kini bersaing dengan Manchester City bagi merebut gelaran Liga Perdana dan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu juga akan beraksi menentang Porto dalam suku akhir Liga Juara-Juara.

Meskipun diberi peluang menghabiskan masa rehatnya dengan bercuti bagi melupakan seketika tekanan musim ini yang berlangsung dramatik, Salah bagaimanapun masih tidak dapat memadam Liverpool daripada kotak fikirannya.

Dia telah berkongsi gambarnya berada di pantai menerusi media sosial, di mana pemain sayap itu menulis moto ikonik Liverpool “You’ll Never Walk Alone” di atas pasir.

Peminat Liverpool difahamkan begitu menyukai mesej daripada bintang kesayangan mereka itu, yang terus menunjukkan kesetiaannya terhadap kelab di mana dia menikmati tempoh terbaik sepanjang kariernya.

Peminat turut memberikan maklum balas kepada bintang Mesir itu dengan berkata: “You’ll never walk alone Mo”, dan mereka turut melabelkan gambar yang dimuat naik Salah itu begitu indah.

Peminat juga memberitahu Salah: “Kami akan sentiasa berada disisi anda sewaktu senang dan juga susah.”

Ada yang juga menyatakan: “Bolehkah saya menyayangi lelaki ini lagi? Tidak.”

Salah juga diberi gelaran sebagai ‘raja’ dan ‘ikonik’ oleh ratusan penyokong yang mengakui gemarkan gambarnya yang artistik itu. - AGENSI