Sejak beberapa minggu lalu, media Sepanyol melaporkan penyerang Reds itu menjadi sasaran utama Real bersama pemain tengah Manchester United, Paul Pogba.

Mane bakal beraksi di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid, Sabtu ini (3 pagi Ahad waktu Malaysia) apabila Liverpool menentang Tottenham dalam final Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 27 tahun itu meledak 17 gol dalam 24 perlawanan tahun ini, dan dijangka mengetuai jentera serangan Senegal dalam Piala Negara-Negara Afrika di Mesir, hujung bulan depan.

“Ini adalah sebahagian daripada bola sepak (dikaitkan dengan beberapa pasukan), jadi kami kena menghadapinya.

“Bagi saya, perkara paling penting sekarang adalah Liverpool. Saya sangat gembira berada di sini dan bersedia untuk menghadapi satu perlawanan terbesar.

“Sebaiknya kita fokus kepada aksi tersebut dan cuba memenanginya.

“Dikaitkan dengan pasukan seperti ini (Real Madrid) pastinya berita yang menggembirakan tetapi jangan lupa, Liverpool juga adalah kelab besar,” kata Mane.

Mane meledak gol tunggal Reds dalam final Liga Juara-Juara di Kiev musim lalu, malangnya The Reds tewas 1-3 kepada Real. - AFP