PEMAIN Felda United, Abdul Azim Rahim (kanan) cuba mengawal bola sambil diasak jentera Terengganu, Lee Andrew Tuck dalam aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, malam ini.- BERNAMA

Pasukan pelawat terdahulu berada di depan menerusi pemain yang baru dibawa masuk dari M4, Nabil Latpi untuk memecahkan kebuntuan buat skuad Penyu pada enam minit terakhir masa penuh.

Pada ketika Terengganu sebelah kaki untuk meraih tiga mata, The Fighters membuat kejutan dengan gol penyamaan melalui Kei Ikeda.

Gol dua minit sebelum waktu permainan tamat itu menerusi Ikeda menyelamatkan Felda United daripada terus dihantui kekalahan selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-2 dan Melaka United (0-6) dalam dua perlawanan terdahulu.

Begitupun, Felda kekal di tangga tercorot dengan mengumpul 9 mata, manakala Terengganu yang masih segar dengan ketiadaan ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim di kedudukan kelapan (17 mata).- UTUSAN ONLINE