Menurut Ketua Sekretariat Kursus, Ahmad Tarmizy Mohammed, program tersebut diadakan bagi melahirkan lebih ramai jurulatih penjaga gol yang berkelayakan bagi mewarnai sukan itu di peringkat institusi pengajian tinggi dan liga bola sepak tempatan.

“Sebanyak 21 peserta menghadiri kursus yang diadakan kali ini.

“Antara nama-nama besar yang mengambil bahagian ialah bekas penjaga gol kebangsaan dan negeri, Azizon Kadir, Badrulzaman Abdul Halim, Mohd. Shahrizan Ismail, Mohd. Nasril Nourdin, Razi Effendi Suhit dan Saiful Amar Sudar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Ahmad Tarmizy berkata, kursus terbabit juga dikendalikan oleh bekas penjaga gol kebangsaan, Lim Chuan Chin dan dibantu oleh G. Shankar.

Beliau menambah, selain itu, pihak sekretariat juga berterima kasih kepada FAM kerana banyak membantu bagi memastikan kursus tersebut berjalan lancar dan berharap agar dapat diadakan dengan lebih kerap pada masa akan datang. - UTUSAN ONLINE