Perlawanan tersebut juga dicemari dengan insiden pertahanan Everton, Ashley Williams yang bertindak menolak penjaga gol lawan, Anthony Lopes sehingga mencetus suasana tegang.

Dalam keadaan huru-hara itu, seorang peminat Everton muncul untuk menumbuk Lopes dengan satu tangan sambil memegang anak di sisinya.

“Ada penyokong yang mahu menumbuknya, saya fikir ia tidak normal. Pada saat itu, kita perlu saling membantu antara satu sama lain,” kata penyerang Lyon Bertrand Traore yang menjaringkan gol kemenangan.

Dalam perlawanan itu, Everton yang begitu dahagakan kemenangan selepas sekadar meraih satu mata daripada dua perlawanan sebelum ini, ketinggalan seawal minit keenam menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Nabil Fekir.

Bagaimanapun, Williams berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-69 namun bekas penyerang Chelsea, Traore memastikan tiga mata menjadi milik wakil Perancis itu dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-75.- AFP