Eder yang masuk menggantikan Renato Sanchez melakukan sepakan kencang kaki kiri dari luar kotak penalti pada minit ke-109 untuk mengecewakan pasukan tuan rumah, Perancis 1-0 pada aksi final Euro 2016 itu.

Portugal yang dikenali dengan aksi hodoh pada kejohanan kali ini, membuktikan cara bermain tidak penting sebaliknya keazaman dan semangat sepasukan mampu menjadi kunci kejayaan pasukan itu.

Walaupun beraksi tanpa Cristiano Ronaldo yang terpaksa dikeluarkan mulai minit ke-24 akibat kecederaan peha, Portugal masih mampu mengawal tekanan untuk mencipta sejarah terbesar dalam sejarah bola sepak negara itu. - UTUSAN ONLINE