Pemain sayap Manchester City itu, yang beraksi dalam enam daripada tujuh perlawanan England sehingga mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 Rusia, telah meledak dua gol di Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pengurus Gareth Southgate, yang menyambut hari ulangtahun kelahiran ke-48 pada semalam, dijangka tidak akan mencari pengganti Sterling.

Ketiadaan pemain berusia 23 tahun itu menyebabkan England kini hanya memiliki tiga penyerang iaitu kapten Harry Kane dari Tottenham Hotspur, Danny Welbeck (Arsenal) dan Marcus Rashford (Manchester United) untuk perlawanan Liga Negara-Negara EUFA menentang Sepanyol Sabtu ini di Wembley, disusuli Switzerland dalam aksi persahabatan di Stadium Power King tiga hari kemudian.- AFP