Ketika ini timbul kebimbangan dalam kem Arsenal terhadap Ramsey yang masih di ambang perpindahan ke Juventus selepas tamat kontraknya pada musim ini terutama selepas berita kecederaannya itu.

Ada yang mengandaikan kecederaan dalam saingan Liga Europa itu adalah aksi terakhir Ramsey bersama Arsenal sebelum berhijrah ke kelab baharu.

Bagaimanapun, berita keadaan terkini berhubung kecederaan Ramsey yang tidak begitu serius seperti jangkaan awal membolehkan Emery berasa lega kerana dapat menggunakan khidmat pemain berkenaan bagi membantu merebut tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan

“Prestasi yang dipersembahkan Ramsey musim ini amat menakjubkan.

“Saya berpandangan pada mulanya Ramsey agak bercelaru kerana dia berada pada tahun terakhir kontraknya.

“Bagi kami, dia adalah tonggak yang sangat penting tetapi kecelaruan tersebut mungkin tidak membantu kami dalam beberapa perlawanan musim ini namun semuanya kembali normal kini.

“Sumbangannya dapat dilihat dalam beberapa perlawanan terakhir,” kata Emery. - AGENSI