Thomas Partey meletakkan tuan rumah di hadapan dalam aksi di Stadium Martinez Valero ketika Atletico menguasai separuh masa pertama.

Pasukan tuan rumah kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti selepas Lucas Hernandez menjatuhkan Lolo Pla dan pemain itu kemudiannya mudah menyempurnakan sepakan itu.

Perlawanan itu juga menyaksikan Fernando Torres menyamai rekod Luis Aragones selepas membuat penampilan ke 368 bersama kelab itu namun gagal menghasilkan sebarang gol.

“Kami ada tiga peluang satu lawan satu. Perkara sama berlaku, kami kurang efisyen di hadapan gol. Kami tidak menjaringkan gol dan akhirnya kami kecewa,” kata pemain tengah Atletico, Saul Niguez kepada BeIN Sports.-AFP