Menurutnya, dia bangga dengan aksi pemain terutamanya pemain muda sehingga Perak berjaya menguasai permainan di sepanjang perlawanan.


Katanya, walaupun buntu menjaringkan gol, para pemainnya beberapa kali mencipta peluang gol namun gagal disempurnakan.


“Berdasarkan aksi persahabatan pertama kami malam ini, saya dapat melihat kami mempunyai masa depan yang cerah berikutan prestasi yang memberangsangkan yang ditunjukkan terutama pemain muda,” katanya selepas perlawanan semalam.


Menurutnya, persiapan Perak untuk menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) 2019 berjalan dengan baik dan beberapa perlawanan persabahatan akan diadakan sebelum saingan sebenar bermula.


Katanya, Perak akan menentang Kedah pada Ahad ini dalam perlawanan Unity Shield yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) selain beberapa lagi perlawanan persabahatan bagi memperkemaskan pasukan.


“Beberapa pemain tempatan akan mengisi beberapa kekosongan dalam pasukan dan saya mengharapkan ia diisi oleh pemain muda yang berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Pengendali PDRM, Mohd. Fauzi Pilus berpuas hati apabila pasukanya berjaya mengikat pasukan juara Piala Malaysia itu tanpa jaringan.


“Pemain menjadikan perlawanan ini untuk menimba pengalaman apabila menentang yang kuat seperti Perak,” katanya. - UTUSAN ONLINE