Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dulu daif, kini jadi bintang dunia

Gambar Sanchez dari awal kariernya bersama kelab di Chile hingga 4
Gambar Sanchez dari awal kariernya bersama kelab di Chile hingga kini menyarung jersi Arsenal.

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tetapi tuah Alexis Sanchez juga bersandarkan kepada kebolehan kakinya yang mengubah sepenuhnya hidup pemain Arsenal itu.

Bermula dengan kehidupan daif, pemain sayap itu kini menjadi bintang bola sepak dari Chile paling dikenali.

Dilahirkan pada 19 Disember 1998 di Tocopila, bekas penyerang Barcelona itu mempunyai empat adik-beradik dan dibesarkan oleh ibunya Martina secara bersendirian selepas bapanya Gullermo Soto meninggalkan mereka sejak Sanchez kecil.

Martina membesarkan Sanchez dan anak-anaknya yang lain iaitu kakaknya Marjorie yang kini berusia 35 tahun; abangnya Humberto, 31, serta adik perempuan Tamara, 20, dengan pendapatan daripada kerja membasuh ikan dan menjual bunga.

Pada usia mudanya lagi Sanchez sudah diajar untuk mencari duit iaitu ketika dia berumur sekitar enam tahun. Biasanya dia akan melakukan kerja membasuh kereta selain membuat persembahan seperti parkour di hadapan orang ramai.

“Dia membasuh beberapa kereta atau melakukan melakukan aksi akrobatik untuk mendapat duit syiling daripada penonton. Dia seperti gimnas cilik yang bergerak dan melompat ke merata tempat.

“Ada kalanya dia terlalu lapar, dia terpaksa mengetuk pintu jiran-jiran dan meminta roti untuk mengalas perut sebelum membuat persembahan,” dedah Humberto.

Sanchez, 29, memulakan kariernya bersama Arauco selepas pengurus pasukan itu mengetahui kehebatannya, walaupun sedar anak kecil itu tidak mempunyai duit untuk membayar yuran kelab. Dalam satu perlawanan semasa pasukannya ketinggalan satu gol, Sanchez dimasukkan dan meledak lapan gol.

Kelincahannya menyebabkan dia digelar Sang Tupai dalam kalangan rakan-rakannya selain digelar El Nino Maravilla yang bermaksud The Wonder Kid.

Sejak itu, Sanchez terus mengekalkan momentumnya dengan menyertai pasukan remaja Cobreloa pada 2004 sebelum diserap masuk dalam skuad utama pada 2005.

“Sejak kecil lagi saya memberitahu ibu saya, ‘Jangan risau, saya akan jadi seorang pemain bola sepak dan kita tidak akan bersusah lagi’.

“Sekiranya saya gagal, saya mungkin akan bekerja 15 jam sehari di kawasan perlombongan dan masih tidak memperoleh cukup wang untuk hidup. Bola sepak menyelamatkan saya,” kata Sanchez, yang memiliki ketinggian 1.69 meter.

Dia seterusnya berpindah ke kelab Itali, Udinese pada 2006 dan sejak itu mula mencuri tumpuan pemerhati bola sepak. Dengan kebolehan memecah benteng pertahanan lawan, Sanchez menjaringkan 21 gol dalam 95 penampilan bersama kelab tersebut.

Pada 2011, bakatnya besarnya membuatkan Barcelona sanggup membayar yuran perpindahan 26 juta Euro (RM123 juta), sekali gus menjadikannya sebagai pemain Chile pertama beraksi bersama kelab Catalan itu.

Kini, Sanchez yang satu ketika dahulu terpaksa menebalkan muka dengan meminta makanan daripada jiran-jiran, memperoleh 130,000 pound (RM704,915) seminggu bersama Arsenal selepas berpindah ke kelab itu pada 2014, dengan yuran perpindahan bernilai 30 juta pound (RM163 juta).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain