Sebaliknya, mereka akan menyediakan dua trofi dan dua set pingat, masing-masing diletak di stadium yang melibatkan perlawanan kedua-dua pasukan.

Juara bertahan, City yang kini mendahului liga dengan kelebihan tipis satu mata ketika saingan berbaki tiga perlawanan akan bertandang ke Brighton pada hari terakhir liga.

City sebelum itu perlu berdepan Burnley, Ahad ini, diikuti Leicester City pada 7 Mei.

Liverpool pula akan menerima kunjungan Wolverhampton di Anfield pada hari terakhir. Dua lagi saingan Reds adalah menentang Huddersfield, Sabtu ini, diikuti Newcastle United pada 5 Mei.

Jarak di antara Anfield dan Stadium Amex di Brighton adalah 270 batu, justeru membuat perjudian membawa trofi ke salah satu venue pada saat akhir bukan percaturan bijak.

Pihak EPL juga menolak rancangan asal untuk menerbangkan trofi menaiki helikopter pada saat akhir seperti yang pernah dilakukan pada 2012 apabila City secara dramatik mengetepikan Manchester United untuk menjulang trofi pada hari terakhir. - AGENSI