Schmeichel, 31, antara tonggak yang membantu Foxes me­lakar sejarah muncul juara Liga Perdana Inggeris musim 2015/16 menulis dalam Twitter ‘benar-benar hancur dan patah hati’.

“Anda mengubah bola sepak, selamanya!. Anda memberi harapan kepada semua orang bahawa tiada perkara yang mustahil. Bukan sahaja kepada peminat kami tetapi peminat di seluruh dunia dalam mana-mana sukan! .

“Ketika kamu menandata­ngani saya pada 2011, kamu be­ritahu saya kita akan berada di Liga Juara-Juara dalam tempoh enam tahun. Kita melakukan perkara itu hebat bersama.

“Tanpa kamu dan keluarga kamu, semua ini, semua yang kita lakukan bersama, semua yang kami tidak pernah terfikir akan berlaku, menjadi kenya­taan.

“Kamu memberi saya pe­ngalaman yang saya fikir hanya boleh berlaku dalam khayalan. Kamu menjadikan impian saya kenyataan,” tulisnya.

Sementara itu, Leicester menyifatkan insiden itu sebagai ‘detik paling hitam buat kelab’.

“Dunia kehilangan seorang yang hebat. Lelaki budiman, pemurah dan kehidupannya berlandaskan kasih sayang ke­luarga,” tulis Leicester. – AGENSI