Moussa Dembele muncul wira Lyon dengan menjadi penyumbang kepada gol pertama sebelum menghadiahkan pula sepakan penalti yang disempurnakan Nabil Fekir bagi menafikan gol pendahuluan PSG yang dijaringkan Angel Di Maria.

PSG bagaimanapun masih kekal sebagai pendahulu liga dengan 10 mata di depan pasukan di tangga kedua, Lille manakala Lyon melonjakkan ke tangga ketiga liga. Namun kekalahan itu sudah pasti satu tamparan hebat buat PSG menjelang pertemuan dengan Manchester United dalam aksi pusingan kedua Liga Juara Juara Eropah pada 12 Februari ini. - AFP