Bintang Sepanyol itu dilaporkan telah menjadi sasaran perpindahan utama Real pada musim perpindahan akan datang dan tidak bersama skuad United ketika mereka seri tanpa jaringan ketika menentang Southampton.

Mourinho mendedahkan bahawa dia mahu menggunakan penjaga gol ketiga, Joel Pereira ketika menentang Crystal Palace manakala Sergio Romero akan dipilih untuk berdepan aksi terakhir Liga Europa menentang Ajax pada 24 Mei ini.

Ketika ditanya sama ada De Gea akan beraksi untuk United, Mourinho memberitahu Sky Sports: “David? Saya fikir perlawanan pertamanya ialah LA Galaxy, perlawanan pra musim di Los Angeles.” - AGENSI