Pemain berusia 22 tahun itu mengakui, kejayaan pada malam esok akan menjadi sesuatu yang luar biasa seandainya mampu direalisasikan kerana merupakan kali pertama dia beraksi di pentas final sepanjang tiga tahun bersama skuad Tok Gajah.

Pemain kelahiran Perth, Australia itu juga menepis andaian bahawa lilitan kapten yang diberikan kepadanya adalah suatu bebanan kepada pemain muda sepertinya, sebaliknya berkata dia antara pemain senior di dalam skuad Tok Gajah.

“Memang sesuatu yang luar biasa sekiranya saya menjadi kapten paling muda menjulang Piala FA tetapi keutamaan kami ketika ini adalah memastikan kejayaan Pahang.

“Saya berharap pengalaman saya di pentas antarabangsa dan Pahang akan membantu kejayaan kami pada malam esok.

“Memang saya kapten paling muda tetapi saya sentiasa memberikan aksi konsisten bersama Pahang sejak tiga tahun lalu dan saya melihat lilitan kapten ini bukan suatu bebanan tetapi akan menjadi dorongan untuk saya beraksi lebih baik,” katanya semasa sidang akhbar menjelang aksi final di sini, hari ini.