Pencabar terdekat PSG, Lille, sekadar seri tanpa jaringan menentang Toulouse, sekali gus membolehkan skuad Thomas Tuchel memenangi gelaran Liga 1 lebih awal biarpun berbaki enam perlawanan.

Alves memenangi 42 trofi pada usia 36 tahun selepas berkhidmat dengan pasukan gergasi Eropah, Barcelona, Juventus dan sekarang, PSG.

Bek kanan itu mengatasi ikon Mesir, Hossam Hassan, yang memenangi 41 trofi apabila mendominasi liga di negaranya bersama Ahly SC dan Zamalek.

Legenda Barcelona, Andres Iniesta telah memenangi 37 trofi dalam kariernya, manakala Maxwell dan seorang lagi pemain Mesir, Ibrahim Hassan turut sama berkongsi jumlah gelaran sama.

Alves memulakan kariernya di Brazil, diikuti Bahia sebelum meninggalkan negara itu untuk berkhidmat ke La Liga dan Sevilla pada 2002.

Sepanjang enam tahun bersama Sevilla, Alves mula meraih kejayaan demi kejayaan, apabila memenangi gelaran domestik, termasuk liga dan piala ketika bersama Barcelona, Juventus dan PSG.

Alves sudah menjulang tiga Liga Juara-Juara bersama Barcelona pada 2009, 2011 dan 2015.

Alves turut menikmati kejayaannya bersama Brazil, dengan menjuarai Copa America pada 2007 dan Piala Konfederasi dua kali pada 2009 dan 2013.- AGENSI