Katanya, dia baru sebulan menyertai pasukan (mulai Februari) menyebabkan belum mesra dengan corak permainan rakan sepasukan.

"Sehubungan itu, masa tiga minggu ini menjadi peluang keemasan bagi pasukan kami untuk mengenali pergerakan dan seterusnya dapat memberi saingan kepada pasukan lawan.

"Kami perlu memperbaiki kelemahan komunikasi terutamanya ketika berdepan situasi bola tinggi yang menyebabkan gawang pasukan mudah dibolosi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selepas lima perlawanan Kelantan berada pada kedudukan kesembilan dengan mengumpul lima mata hasil daripada satu kemenangan, dua seri dan dua kekalahan.

Kelantan ketinggalan jauh dalam mencapai misi untuk kembali beraksi pada saingan Liga Super, musim depan.

Penjaga gol skuad bawah 22 kebangsaan itu berkata, dia akan meningkatkan prestasi permainan dan seterusnya memenangi kepercayaan barisan jurulatih dalam menghadapi saingan Liga Perdana.

Damien juga mengakui penampilan sulungnya semasa menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM) gagal memberikan impak cemerlang kepada pasukan dalam mencari tiga mata di tempat lawan.

"Saya berterima kasih kepada jurulatih terutama jurulatih pengaja gol Zuraimi Hassan (yang) memberi kepercayaan kepada saya untuk beraksi buat julung kali dengan Kelantan.

"Saya gagal mempertahankan gawang gol menyebabkan pasukan lawan menjaringkan dua gol. Saya perlu tingkatkan prestasi untuk berdepan pasukan Terengganu FC (TFCll) pada 26 Mac ini," katanya. - BERNAMA