Coutinho tiba di Bavaria selepas dipinjamkan untuk jangka masa panjang dari Barcelona berharap dia dapat melonjakkan kembali kariernya.

“Tahap kecergasannya masih belum berada di tahap memuaskan. Begitu pun, kami tidak akan membebankan dia walaupun ada orang mahu kami melakukannya,” kata Kovac.

Dalam pada itu, Coutinho memberitahu dia bersedia untuk menghadapi cabaran baharu di negara asing bersama salah sebuah kelab terbaik di Eropah.

“Saya teruja untuk melakukannya. Seperti Bayern, saya mempunyai cita-cita besar dan saya berkeyakinan bahawa saya boleh mencapainya bersama rakan sepasukan baharu saya,” katanya. - AGENSI